Sila Pause Jika Lagu Ini Mengganggu Anda..^^

Tuesday, April 19, 2011

Ustaz-Ustaz Kesayangan Ramai.

Assalamualaikum semua... Hehe..

Rasa cam lama juga tak update blog saya ni.
Biasalah. Saya sudah semakin busy dengan kerja-kerja di pejabat.
Semakin hari semakin bertambah.
Sedang bertambah-tambah itu, ada pertambahan-pertambahan lagi.
Semuanya mahu pertambahanan belaka.
Hehehe.. Kerja memang bertimbun. 
Tapi adakalanya kena relaxs juga.
Wat pening kepala je kalau mengadap kerja 24 jam. Feninnn~~~

Kerja melukis nie memang bukan mudah.
Lebih-lebih lagi kalau kerja tu kita yang menulis dan kita yang melukis.
Walaupun di tempat kerja saya terdapat editor, tapi ada kerja-kerja penting yang saya terpaksa buat sendiri.
Contohnya komik-komik. Bukan mudah nak buat komik.
Malahan saya bukan seorang yang pandai melukis komik, sebab saya lebih suka melukis ilustrasi.

Buat masa ini, saya agak busy untuk persiapan majalah baru untuk Pesta Buku di PWTC 22 April~ 1 May nanti. Memang tak lama lagi dah pun.. Memang sakit kepala.
Tapi saya masih tetap bertungkus lumus menyiapkannya. Dan sekarang tinggal beberapa tugasan sahaja, dan ia akan bertambah dari hari ke hari.
Dengan sistem kerja yang tak berjadual, ia agak memeningkan saya.
Nak buat jadual pun tak ada masa. Mujurlah saya sempat memfailkan setiap kerja-kerja yang diberikan.
Banyak perkara yang saya perlu belajar untuk memudahkan saya membuat kerja, tetapi sekarang ni, waktu amat terbatas..Hehe..

Beberapa hari yang lalu, pada 15hb April, Ashraf, anak sulung bos tempat saya bekerja ada offer saya untuk menjual kepada saya sebuah komputer.
Komputer itu berjenama Apple, eMac. Ia adalah komputer pertama saya sejak saya mula bekerja disini.
Dan saya berasa amat gembira kerana tawaran tu, tapi sayangnya sampai sekarang masih belum dapat lagi.
Sebab dia perlu menginstall Adobe Photoshop CS2 (kalau CS3 ke atas, komputer akan menjadi lembab seperti kura-kura). Itu tiada masalah, tetapi masalahnya dia sangat sibuk untuk memprogramkan komputer-komputer untuk mesin Cashier di Book Fair PWTC nanti... 
Dah tak lama lagi dah. So biarlah dulu komputer tu. 
Lagipun saya malas nak buat kerja kat rumah buat masa ni sebab saya selalu stay back kat opis untuk menyiapkan tugasan-tugasan.
Erm..saya pun tak boleh nak mengeluh sangat bila ada banyak kerja..
Sebab, saya akan diberikan insentif atas setiap lukisan-lukisan yang saya hasilkan.
Maknanya setiap satu lukisan itu ada nilainya dan saya boleh claim setiap 15~20 haribulan.
Pendapatannya lumayan juga (tetapi masih tak cukup...hehe).
Alhamdulillah. Saya berharap agar segala rezeki-rezeki yang saya dapat selama ini diberkati Allah swt.
Yang penting kerja mau ikhlas.
Hehe...
*Kadang-kadang sibuk sangat sampai wat pening kepala membuatkan saya rasa macam mahu berhenti saja!

Okeylah. Rasanya sekarang ini, kehidupan saya semakin berubah, sedikit demi sedikit.
Ini semua kerana saya banyak membaca buku dan mendengar ceramh-ceramah ugama.
Hehe... Bukan nak berlagak baik, tetapi saya mahukan kehidupan yang diredhai Allah.
Bukankah ini bumi Allah? Dan kita adalah ciptaanNya?
Maka hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk kita semua.
InsyaAllah, kalau kita ikut perintahnya, pasti hidup kita akan terjamin, kerana hanya Allah yang boleh menjamin masa depan kita, cuma kita saja yang tak tahu dan setiap kesedaran itu adalah di atas diri kita sendiri.

So, kalau korang nak tahu, saya selalu mendengar ceramah-ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Kazim Elias, dan Ustaz Azhar Idrus.
Baru-baru ini (16 April 2011 - Hari Sabtu) saya dan rakan serumah, Khairi ke Masjid Al-Ridhuan yang tidak berapa jauh dari rumah. Tapi kena naik motor la. Hehe...
Saya ke situ untuk mengikuti ceramah Ustaz Kazim Elias buat pertama kalinya secara live.


Bergambar kenangan dengan Ustaz Kazim Elias di 
Masjid Al-Ridhuan. (Aiyarkkk...saya xbersedia lg member dah tangkap gambar dulu plak)


Khairi sempat bergambar dengan Ustaz jugak...


Untuk pengetahuan korang, dua orang Ustaz ini sekarang mengeluarkan CD ceramah yang dirakam semasa mereka memberikan ceramah. Penjualan CD itu adalah untuk amal.


(Juga boleh dapatkan CD AF ustaz di Up Town Shah Alam Sec.24
Sahaabah (Sham Group of Companies). Mohd Faez bin Zainal 013-246 3038)

Oleh kerana penyebaran CD-CD itu semakin meluas, ia menyebabkan mereka berdua ini sangat popular.
Masjid akan penuh dengan orang ramai untuk mengikuti ceramah Ustaz-ustaz ini.
Saya sendiri pun suka kedua-duanya. Ceramah yang mereka sampaikan tak seperti ustaz-ustaz yang lain.
Bukan saya mahu banding-bandingkan ustaz-ustaz yang lain, tetapi kita sendiri boleh pilih mana satu yang menarik.
Bayangkan, dengan mendengar ceramah mereka sahaja, insyaAllah ia mampu membuka hati kita untuk berubah, atas diri masing-masing.
Penyampaian mereka amat berkesan. Tak mustahil mereka ini sungguh diminati ramai.
Jadi, kepada sesiapa yang mahu cuba mendengar ceramah mereka, sila ke Mymaktabaty untuk mendownload MP3 ceramah Ustaz Azhar Idrus dan beberapa penceramah lain.
Di sini saya memudahkan pencarian Ustaz Kazim Elias/Mymaktabaty dan Ustaz Azhar Idrus/Mymaktabaty untuk mendownload MP3 ceramah mereka.
Ini pula official site Pusat Pendidikan Al-Barakah yang diantara pengasasnya ialah Ustaz Kazim Elias.
Tapi saya syorkan korang semua tengok gaya mereka di dalam video dan boleh di donload di SINI.
Dan kalau nak mudah untuk membuat sebarang pertanyaan, sila ke page Facebook Facebook/Ustaz Azhar Idrus dan ajukan sebarang kemusykilan agama, insyaALlah, kalau tak Ustaz itu sendiri yang jawab, murid-muridnya yang pernah mendengar ceramah0-ceramah sebelum ini akan bantu jawabkan bagi pihak Ustaz. ^^



Ustaz Azhar Idrus.
Hobinya ialah fotografi.
Jangan memain dengan dia nie.
Hahak...^^
Ustaz kesayangan ramai....


Ustaz Kazim Elias yang best!
Penyampaian ceramahnya mampu mengukir senyuman.
^^



Takziah kepada keluarga Ustaz Kazim Elias atas pemergian 
ibunda tersayang  (Hajjah Nadzirah Binti Ismail atau lebih 
dikenali dengan panggilan Chu) 
ke rahmatullah beberapa hari yang lalu (14 April 2011).
Al-Fatihah.

Semoga apa yang mereka sampaikan itu meunusuk jauh ke jiwa kita semua, sekaligus mengubah peribadi kita ke arah yang lebih baik lagi daripada sekarang.
Apa yang penting, segala kebaikan yang kita dapat itu adalah rezeki Allah.


Salam ukhuwah dari saya...
Megat Mohd Faris Bin Basaruddin...^^

Assalamualaikum.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...