Aku tau ramai yang kutuk novel ni.
Kutuk sebab apa? Sebab tajuk dia tu.
Diorang ingat novel ni setaraf drama2 macam Suamiku Encik Sotong, Isteri-Isteriku Gangster dan lain2.
Padahal sebenarnya pandangan mereka salah. Mereka judge novel ni sama macam novel2 lain yg guna nama Islamik tapi tak jaga ikhtilat, sorry to say.
Fahamilah, drama dengan novel adalah medium yang berbeza.
Drama boleh la kau tengok dengan mata kepala sendiri dan boleh tengok apa yg tak kena dalam cerita tu. Bila nampak maksiat dalam cerita tu, contohnya dua orang pasangan bukan ajnabi yg berlakon jadi suami isteri siap pegang2 peluk2, wajarlah kau kutuk. Tau jelah kat Malaysia ni, tak habis2 dengan jalan cerita yang bernada sama, takde banyak sangat pengajaran. Asyik2 ulang2 kisah pasal anak datuk, kompeni2 besar, kakak ipar dengki, adik tiri kena belasah dan sebagainya sehingga menunjukkan seolah2 orang Melayu ni akhlak memang sentiasa buruk. Apa pengajarannya?
Lainlah kalau novel, novel ni kau kena baca, selami, pilih2lah sikit novel macam mana yg kau nk baca. Kalau kau pilih novel Islamik tapi kt dalam tu hanya guna nama Islamik utk tarik perhatian orang utk beli TAPI kandungannya itu amat jelas brtentangan dengan Islam, itu barulah kau kata Penunggang Agama. Kadang-kadang title novel sikit punya bagus, tapi kandungan hancur, maka apa peranan novel2 sebegini dalam mendidik golongan remaja?
Well aku kenal Ana Muslim atau produk mereka yg lain di bawah nama Muslim Teens ni. Jenama Muslim Teens ini mengeluarkan produk2 yang khusus untuk mendidik remaja, dan syarikat ni amat menitik beratkan didikan2 agama secara santai tapi berkesan. Sendiri tengoklah untuk majalah Ana Muslim terbitan syarikat yg sama menggunakan konsep dakwah Islami sebagai tunjang dalam mendidik kanak-kanak Islam, adik2 kita. Dengan tagline "Membentuk Peribadi Mulia", majalah ni mendapat sambutan yg menggalakkan, sebagai contoh September lepas, majalah ni print sampai 43k, return cuma dlm 12k (30%). Sebab apa? Sebab parents percaya dengan produk ni.
Begitu jugak dengan majalah dan novel2 dibawah jenama Muslim Teens, daripada syarikat yg sama, bahagian editorial yang sama, pengarangnya pun bukan calang2 kerana penulis Que Lyana Shuhaimi ni adalah pemenang Anugerah Buku Negara Buku Remaja Terbaik melalui novel Ustaz, I Hate You. Jadi kenapa korang tak cuba utk percaya dengan produk macam ni jugak?
Apa, dengan tengok tajuk luaran saja dah boleh judge macam2kah? Awatnye sebahagian daripada kita ni nerperangai saling tak tumpah dengan perangai watak2 dalam drama yang takde moral? Come on, ini dunia nyata. Belajarlah untuk menyelidik dulu sebelum mengutuk. Yang mengutuk ni agaknya confirm tak pernah baca komik Anna Aisya dalam majalah Muslim Teens ( tapi malangnya majalah ini telah dihentikan sejak beberapa bulan yg lalu). Kalau baca komik ni, insyaAllah akan faham novel susulannya. Kalau malas nak baca novel panjang2, belilah kompilasi komiknya. Ada di pasaran. Novel Ustaz, I Hate You ini masih berada dipasaran kerana novel ni tak sama macam majalah, ia boleh berada dipasaran 1-2 tahun bergantung kepada reprint atau tidak.
Aku bagitau sikitlah, sebab aku pernah lukis komik Anna Aisya untuk 1 keluaran (keluaran akhir majalah Muslim Teens), maka aku taulah sikit2 pasal cerita Anna Aisya. Kisah ni pasal seorang budak bandar bernama Anna Aisya yang perangainya agak kasar dan cuba menyesuaikan diri dengan suasana kampung2. Budak bandar, taulah. Dah macam culture shocking. Dia duduk dengan nenek dan atoknya, manakala ayahnya kembali ke bandar. Kat kampung tu ada seorang lelaki yang bernama Amir, seorang ustaz lulusan agama, jiran rumah nenenk Anna Aisya. Jadi kat dalam novel ni banyaklah kisah pasal mereka berdua dan juga watak2 lain yg membantu. Dan tidaklah dinafikan, novel ini memang novel yang menyentuh tentang cinta, tapi bukan cinta mcm couple2 'halal' diluar sana. Maka jalan cerita ni dibuat sebagai alternatif untuk ajak golongan remaja mengenai bagaimana nak menguruskan perasaan cinta agar ia tidak sampai kepada tahap yang mengharamkan. Novel ni memang sesuai utk remaja2 skang yg bercinta berkepit dengan pakwe 24 jam. Itu pun bukannya keseluruhan novel ni bercerita tentang cinta. Bahkan ada kisah2 lain jugak didalamnya, berkait dengan kehidupan watak Anna Aisya itu sendiri.
Lagi satu, kenapa dia 'benci' dengan ustaz ni, sesuai dengan ttitle novel ni? Sebab ustaz yang bernama Amir ni selalu tegur dia, sebab Anna Aisya ni merupakan seorang watak yang macam hyper active, degil. Siapa yg suka kena tegur? Melainkan hati seseorang itu kuat utk menerima teguran. Tapi biasanya golongan yg degil ni amat alergik dengan teguran, terutama tentang agama; double standard. Begitulah Anna Aisya, ingat senang nak lembutkan hati dia? Ingat senang nak didik golongan degil mcm ni?
Aduh, tolonglah bersangka baik sikit.
Don't judge book by its cover.
Kesian kawan aku sorang ni, tak pasal2 kena kutuk. Tapi inilah ujian beliau, pahit manis sebagai seorang penulis yg mungkin boleh jadikan beliau the best selepas ini. Siapa tahu? Yg mengutuk tu hanya memusuhi benda yg dia xtahu.
Wallahualam..
*senang citer, korang beli la.
Kutuk je wat ape, baca la sekali..
Friday, January 15, 2016
Friday, December 11, 2015
Rumah Terbalik @ Port Dickson
Assalamualaikum..
24/09/2015 haritu aku pergi Port Dickson sebab nak melawat adik aku kat kem tentera (apa nama kem tah, tak reti nak sebut ah..)
Ditakdirkan dekat-dekat situ ada la satu tempat yang dinamakan sebagai RUMAH TERBALIK.
Hahahaa kelakar wei. Tergelak-gelak aku kat dalam tu.
Korang yang rasa nak pergi tu, sambil-sambil mandi pantai, bolehla singgah jap kan.
Nama tempat ni ialah Art Gallery Upside Down, kat Port Dickson.
Last aku pergi aritu tiket un tuk Adult RM15.00. Skang tak tau harga berapa.
Dibuka dari pukul 10 pagi hingga 9 malam, Isnin-Ahad!
Nak cari maklumat lebih-lebih, sila tengok kat FB diorang: Rumah Terbalik Port Dickson.
Baru-baru ni aku tengok, banyak 'scene-scene' baru kat situ. Best kot....
Okay aku belanja gambar sket la. :)
Enjoy it~ ^^

Bukak Commision Melukis
Korang nak tak lukisan-lukisan yang macam ni?
Kalau nak, sila tinggalkan nombor telefon.
InsyaAllah kalau aku free, aku akan PM.. Hehe
Kalau nak, sila tinggalkan nombor telefon.
InsyaAllah kalau aku free, aku akan PM.. Hehe
Mahallah Ali @UIA
Itulah keje kami..
Makan, makan dan makan.
Hahaha.. So what? Manusia perlu makan.. Hehe..
Tapi kali ini aku makan kat dalam UIA (Universiti Islam Antarabangsa)
Kadang-kadang aku dan geng Group Bina Badan (kat Whatsapp) akan lepak makan kat sini.
Macam-macam menu ada, macam-macam Mahallah ada. Tapi selalunya aku pergi ke Mahallah Ali, tak pun ke Mahallah Ruqayyah (sini ramai pompuan sket).
Makan pun special, chicken chop dia murah, nasik Arab pun murah, pizza dia pun terbaik... Macam-macam. Oleh sebab ia murah, maka kami selalu jugak la makan sini, cuma jauh sket la daripada opis, so tak boleh pergi selalu/hari-hari.
Antara yang best ialah makanan peberet aku yang MURAH, sos dan kicap dia memang terbaik, takde cair2, memang pekat likat. Tak tipu punya..
Sikit je la aku tunjuk.
Kang korang terliur plak. Hehe..
Anyway, ia bukak daripada pagi sampai malam.
Cuma untuk western-western ni malam je la yang selalu bukak.

Subscribe to:
Posts (Atom)