Kartun Islamik













































Assalamualaikum w.b.t. Farish disini.. ^^
Disini saya sertakan kolum baru buat kawan-kawan yang sudi menjengah ke blog saya yang semakin lama semakin bersawang ini. Semua lukisan-lukisan dibawah adalah hasil daripada air tangan saya sendiri, syukur kepada Allah kerana Allah telah memberikan peluang kepada saya untuk menyampaikan dakwah melalui lukisan.. Alhamdulillah, semoga kawan-kawan semua sudi menyebarkan lukisan-lukisan dakwah ini sebagai peringatan kepada mereka yang selalu lalai. Sesungguhnya bukan mudah untuk melukis lukisan dakwah, kerana saya juga banyak menerima feedback yang negatif daripada orang lain, tetapi apa boleh buat.. Tentangan-tentangan seperti itu sudah menjadi kebiasaan bagi mereka yang menyampaikan dakwah, meskipun hanya menyampaikan satu ayat sahaja. Semoga Allah terus memberikan kekuatan kepada diri saya, juga kepada orang lain seperti saya untuk terus berkarya berlandaskan syariah dan hukum syarak. Semoga memberi manfaat.
Allahumma amin...




































Lukisan ini direquest oleh Adina Humayra.
Konsep yang saya mahu jelaskan disini ialah 
bagaimana jilbab atau hijab bukan penghalang bagi wanita untuk 
berfesyen. Meskipun dalam islam digariskan bahawa wanita
tidak digalakkan memakai baju yang terang benderang sehingga'menarik perhatian
lelaki, mengapa tidak kita pakaikan baju yang paling cantik
buat suami..?

Lukisan ini direquest oleh seoran rakan fB.
Dia meminta untuk melukiskan anaknya.
Seperti biasa, saya juga menggalakkan setiap 
lukisan yang direquest tu ada quote bagi mana-mana lukisan
yang sesuai untuk diletakkan quote.


Akid dan Aisha, anak seorang rakan fB yang request lukisan ini.
Jom pergi mengaji! ^^


Annakku, Hartaku, Hadiah Dari ALLAH s.w.t.


Lukisan ini direquest oleh seseorang seperti nama
di lukisan itu. Saya diberi foto sebenar sebagai
reference saya. Memang tidak ada rupa empunya badan
yang sebenar, tapi dah jadi lain pula! ^^


Berilmu, beriman dan beramal...
Dengan berilmu, kita boleh beramal dengan ilmu yang kita ada.
Namun apalah gunanya kalau berilmu dan beramal tetapi tidak beriman.
Jadi, ketiga-tiga asas ini adalah penting bagi setiap individu.
Semoga amalan-amalan kita diterima oleh Allah s.w.t. 
Allahumma amin..


Benar. Allah tidak lihat rupa kita cantik, hodoh, kurus, gemuk,
busuk, wangi, sempurna, cacat, dan sebagainya, tapi Allah melihat
kepada HATI dan AMAL kita. Kita adalah makhluk ciptaan Allah.
Kita hidup untuk Allah, kita kerja untuk Allah.
Jadi, jangan mudah tertipu dengan kesempurnaan yang kononnya mampu
membahagiakan seseorang di dunia. Orang yang beriman adalah orang yang berfikiran jauh,
iaitu memikirkan kematian, dan memikirkan tentang hari akhirat.
Jadi, sudah tentu syurga yang sempurna dan kekal abadi menjadi impian setiap orang yang beriman dan bertaqwa kerana menyedari betapa sementaranya dunia ini.


Jauhkanlah diri kita dan keluarga kita daripada api neraka.
Tanggungjawab sebagai suami, sebagai bapa, atau seorang anak kepada keluarganya,
mestilah saling ingat mengingati antara satu sama lain terutamanya dari segi agama.
Suami atau bapa khususnya, wajiblah memberikan pelajaran agama secukupnya sebagai asas bimbingan
kepada anak-anak dan isteri supaya memperoleh akhlak seperti yang dikehendaki dalam Islam.
InsyaAllah. 



KHUSNUL KHATIMAH.
Itu adalah salah satu impian saya, walaupun saya tidak layak untuk memilikinya.
Apa itu khusnul khatimah..? Itulah mati dalam keadaan baik.
Mati dalam keadaan yang baik sudah pastilah mati dalam keadaan Islam.
Para mujahidin yang syahid dalam peperangan adalah antara orang-orang yang dijanjikan pahala syahid yang besar disisi Allah jika benar seseorang itu berjuang kerana Allah.
Semoga Allah menjadikan kita mati dalam keadaan KHUSNUL KHATIMAH.
Allahumma amin.


Maaf. Agak kasar sikit sebenarnya quote pada lukisan ini.
Tapi inilah hakikatnya. Sebenarnya sekeliling kita adalah tazkirah bagi kita.
Malahan, selalunya kita akan salah faham dan salah erti akan keadaan di sekeliling kita.
Jadi, ini menyebabkan kita mula berpegang kepada pendapat sendiri tanpa menilai sesuatu itu bersandarkan kepada prinsip agama.
Sebab itu banyak perbuatan atau pegangan kita selama ini adalah salah.
Rupa-rupanya, banyak perkara-perkara atau masalah yang berlaku kepada kita
sudah diselesaikan oleh Allah melalui Al-Quran, sunnah, hadith, ijmak ulamak dan qias.
Contohnya selama ini kita rasa tidur mengadap langit adalah yang paling betul, tetapi sebenarnya Nabi s.a.w. mengajar kita untuk tidur di lambung kanan, iaitu mengadap ke belah kanan, dan meletakkan tapak tangan kanan ke bawah pipi kanan. Itulah tahap tidur paling selesa, selamat dan sihat.
Nak tau lebih lagi, tuntutlah ilmu agama. Yang penting, ilmu akidah adalah yang terpaling penting
sekali, kerana kadangkala kita sudahpun melakukan sesuatu perbuatan yang telah merosakkan akidah kita. Jagalah akidah kita, rakan-rakan sekalian. Contohnya sekarang ini ramai yang pakat hina hudud dan hukum-hukum Allah yang lain, serta ada pula yang mempersendakan sunnah-sunnah Nabi. yang tolak Al-Quran pun ada. Sungguhpun kita tidak sedar, akidah kita sudahpun terbatal. itulah bahayanya.
Jadi, tuntutlah ilmu. Semoga ALlah memberi taufik dan hidayah.
Perbaharuilah iman kita dengan zikir Lailahaillallah.
Wallahua'lam.


Ustaz Azhar Idrus, adalah ustaz paling berpengaruh di Malaysia.
Ustaz yang berasal dari Terengganu ini semakin dikenali, dan sudah berdakwah hampir seluruh
Malaysia. Alhamdulillah, banyak kuliah-kuliahnya menyedarkan anak-anak muda. 
Isi-isi kuliah dan tazkirahnya banyak menyelitkan bab mentauhidkan Allah, tidak hairanlah
ramai masyarakat sedar betapa pentingnya agama dalam kehidupan seseorang muslimin dan muslimat.
Dan Ustaz ini adalah dalam senarai ustaz paling disayangi oleh saya... :)


Ustaz Azhar Idrus.


Direquest oleh cik Yue Ree, kenalan fB.
Saya mahu melukiskan yang terbaik untuknya, tetapi nampaknya saya
gagal kerana saya mahukan yang terbaik sampai saya jadi 'stuck'..
Hehe... Adalah rahsia disebaliknya.. ^^


Syaa tidak meletakkan tarikh atau tahun pada lukisan ini,
jadi sesiapa pun boleh menggunakannya setiap tahun.















































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...