Friday, December 11, 2015

Rumah Terbalik @ Port Dickson

Assalamualaikum..

24/09/2015 haritu aku pergi Port Dickson sebab nak melawat adik aku kat kem tentera (apa nama kem tah, tak reti nak sebut ah..)

Ditakdirkan dekat-dekat situ ada la satu tempat yang dinamakan sebagai RUMAH TERBALIK.
Hahahaa kelakar wei. Tergelak-gelak aku kat dalam tu.

Korang yang rasa nak pergi tu, sambil-sambil mandi pantai, bolehla singgah jap kan.

Nama tempat ni ialah Art Gallery Upside Down, kat Port Dickson.
Last aku pergi aritu tiket un tuk Adult RM15.00. Skang tak tau harga berapa.
Dibuka dari pukul 10 pagi hingga 9 malam, Isnin-Ahad!
Nak cari maklumat lebih-lebih, sila tengok kat FB diorang: Rumah Terbalik Port Dickson.
Baru-baru ni aku tengok, banyak 'scene-scene' baru kat situ. Best kot....

Okay aku belanja gambar sket la. :)




































Enjoy it~ ^^

Bukak Commision Melukis

Korang nak tak lukisan-lukisan yang macam ni?

Kalau nak, sila tinggalkan nombor telefon.

InsyaAllah kalau aku free, aku akan PM.. Hehe

Mahallah Ali @UIA

Itulah keje kami..

Makan, makan dan makan.

Hahaha.. So what? Manusia perlu makan.. Hehe..

Tapi kali ini aku makan kat dalam UIA (Universiti Islam Antarabangsa)
Kadang-kadang aku dan geng Group Bina Badan (kat Whatsapp) akan lepak makan kat sini.
Macam-macam menu ada, macam-macam Mahallah ada. Tapi selalunya aku pergi ke Mahallah Ali, tak pun ke Mahallah Ruqayyah (sini ramai pompuan sket).

Makan pun special, chicken chop dia murah, nasik Arab pun murah, pizza dia pun terbaik... Macam-macam. Oleh sebab ia murah, maka kami selalu jugak la makan sini, cuma jauh sket la daripada opis, so tak boleh pergi selalu/hari-hari.

Antara yang best ialah makanan peberet aku yang MURAH, sos dan kicap dia memang terbaik, takde cair2, memang pekat likat. Tak tipu punya..





Sikit je la aku tunjuk.
Kang korang terliur plak. Hehe..

Anyway, ia bukak daripada pagi sampai malam.
Cuma untuk western-western ni malam je la yang selalu bukak.



Cuba Burger Bakar Abang Burn




Assalamualaikum..

Aku tau ramai je yang dah try burger-burger bakar ni.
Haha.. Tapi saje je aku nak cerita pertama kali mencuba burger bakar Abang Burn.

Well dengar nama Abang Burn ni aje pun rasanya dah cukup sinonim dah, dah cukup popular dah satu Malaysia. Cawangan pun dah melambak-lambak seluruh Malaysia. Wow..

Korang kena cuba beb.



Aku pergi kat cawangan Ampang. Kat Dagang Avenue Food Court. Situ memang port makan-makan jugak, sekali datang rami betul orang. Kedai situ banyak, burger ada, kuey teow, maggie ketam, ketam lembut dan lain-lain. Memang rasanya port ni je la yang aku rasa nak repeat sampai cukup dah try semua! Haha...






Dekat-dekat dengan Galaxy Ampang.



Perghhh tip-top!
Yang ni aku order burger bakar daging.
Ada cheese. Korang boleh tengok harga terkini kat bawah...






Boleh la aku bagi tagline sikit #harga #menu #burger bakar abang burn
Senang orang nak search kan.. :D

Sekian, itu saja.
Benda-benda camni korang kena try sendiri, aku tak reti arr nak cerita.
Tapi berbaloi kotttt aku makan sebijik RM12.90!

Wednesday, December 9, 2015

Ilmu Jarh Wa Ta'dil Bersifat Zhanniyyat, bukan Qath'ie!

Assalamualaikum..

Okay kali ni post yang serius sikit.

Post ni aku publish kat Facebook, saje nak share kat sini.
Sebab benda ni berleluasa, orang ramai mudah terpengaruh dengan golongan2 yg bercakap pasal al-Quran dan hadis tapi tidak mengikut panduan yang telah ulamak gariskan..

"Betul cakap ustaz Raja Ahmad Mukhlis, bahawa kita patut kesian kepada golongan yang menganggap ilmu jarh wa ta'dil ni sebagai qath'ie padahal ilmu ini hanyalah bersifat zhanniyyat dan ia hanyalah ciptaan para ulama untuk menjaga hadith.

Golongan ini hanya fikir mereka sajalah yang betul, pendapat orang lain salah, seolah2 dalam bidang ilmu jarh wa ta'dil ni, keputusan terhadap hadith2 terutama sekali berkaitan dengan masalah dalam dhobit itu seolah2 tidak ada pendapat lain. Padahal khilaf..

Ulamak zaman dulu cipta ilmu hadis ini untuk memastikan sesuatu hadith itu sahih, bukannya untuk memastikan hadis itu dha'if atau maudhu'. Mereka akan menggunakan ilmu hadis untuk menjaga hadis-hadis sahih, bila tak cukup syarat sahih, maka ia dha'if kerana tak cukup syarat sahih. Tapi tak bermakna hadis dha'if tak boleh pakai. Boleh jadi, ia boleh naik menjadi hasan.

Agak kasihan kepada yang menghukum "Hadis ini tidak sahih", maka seolah2 hadis tersebut dibuang terus ke dalam tong sampah, dan menggunakan dalil "hadis ini tidak sahih" untuk radd orang lain, bid'ahkan amalan-amalan orang lain dan seterusnya..

Padahal ulamak tak pernah menggunakan ilmu ini untuk bergaduh atau saling berbantah-bantah, melainkan mereka mengkritik dengan ilmiah saja. Malah, kefahaman mereka dalam ilmu jarh wa ta'dil ini tidak sama seperti mana kefahaman kita terhadap ilmu jarh wa ta'dil yang kita faham zaman sekarang. Kita sendiri pun tak tahu apa definisi yang sebenar tentang hadis hasan di sisi imam Tirmidzi... Dha'ifnya orang zaman dulu, kalau kita nak bandingkan mereka dengan kita sekarang, samalah seperti mereka ini sahih dan kita adalah berkali-kali dha'if malah maudhu' terus!

Ulamak dah elok-elok menjaga hadis tapi ada golongan yg tidak mahu menjaga silaturrahim pulak..

Wallahualam..."

Berhati-hatilah.
Akhir zaman ni Yop!

Warqah Khalifah 0.3

Assalamualaikum..

Haip.. Hehe..
Ini terbitan terbaru untuk siri yang ke 3 daripada yang ke 4.

Yang ke 4 sedang dalam proses.
Aku pun baru sketch cover utk yang ke 4.

Korang boleh tengok dibawah.

Harga macam biasa RM 9.90 FULL COLOR.
Penat aku color kalau korang tak beli.. Hehe..

Warqah Khalifah 0.2

Assalamualaikum..

Sori, dapat tangkap gambar guna phone je.. Hehe..

Kalau jumpe kat kedai tu, beli la ye.. Haha support aku skekk...



Lepas Broga, kita ke TEKALA!

Assalamualaikum..

Sebelum ni aku ada cerita pasal ekspedisi kami ke bukit Broga.
Memang cantik tempatnya tapi kalau nak pergi ke tempat yang cantik-cantik macam tu kenalah berpenat-penat terlebih dahulu. Hehe..

So inilah ubatnya, lepas ke bukit Broga, kami lepaking kat Hutan Lipur Sungai Tekala.
Perghhh memang cantik dan indah tempatnya. Korang kena pergi sendiri, setakat tengok gambar confirm tak puas. Airnya pun sejuk, udara nyaman... Tapi hati-hati, ada monyet yang suka curik barang orang.. Kekeke...

Aktiviti seterusnya, mandi dan bbq!

Menu:
-Kambing bakar
-Ayam bakar
-Ikan Portugis
-Sosej/ubi kentang







Okay sambil menunggu makanan siap dimasak, kitorang lepak2 la dulu kat dalam sungai.. Mandi-mandi sket, sejuk-sejukkan badan.. Maklumlah, baru nak release penat mendaki... Hehe



Layanz~~~ ^^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...