Artwork

Salam. Ni adalah artwork2 aku yang bermacam-macam style. Sori, aku letak randomly jer. Ada lukisan lama dan ada lukisan baru. Tak banyak improvement pun. Harap-harap siapa yang tengok tu boleh nilaikan sendiri. Aku bukan terer sangat, so ade lukisan-lukisan yang mesejnya tak sampai kepada audiens. So, enjoy it~~ ^^

Fan art sephiroth..tapi aku sengaja ubah2 sket...ryuk (shinigami dalam citer Death Note) dan Sephiroth bergabung...kelihatan Yagami Light berada di dalam epal...haha..ape motif pun ak xtaw.. XDD
 
Ni pulak fanart untuk salah sebuah komik keluaran PTS yang berjudul 8A. Penulis ialah Nazry Salam Feeqry dan pelukisnya pula ialah adiknya iaitu Afiq Salam Feeqry..mereka berdua memang berbakat besar..harap mereka semakin maju dalam bidang seni selepas ini... ^^


Ermmmm lukisan nie dilukis semasa aku sedang menunggu kenderaan awam (bas dan didalam LRT) masa balik kerja dlu..tapi skang dah dok ruma sewa dah...bayangkan betapa banyaknya masa aku sambil menunggu bas dan melukis seperti melukis diatas meja..? aiyarkkk....zaman gitu memang diharap tak berulang lagi..huhuu


Yang ni plak ialah fanart yang dilukis semula dari versi yg lama...aku tambah lagi beberapa orang karakter...hehe...harap2 sume orang kenal la watak-watak manga yang dilukis tu.. ^^

Sebuah lukisan yang menggunakanefek photoshop..tapi yang efek air tu memang inking sendiri jer...susah gak nak lorek-lorek..huhu..ermmm kalo ader masa aku tunjuk ar serba sedikit mcm mana nak wat efek simple gini... ^^


Fanart untuk komik yang dilukis oleh Irfan Foner berjudul Hyperman. Aku menyokong sesiapa sahaja yang meminati komik dan lukisan atau pendek katanya 'seni'.  

Art khas untuk group Kentzo kami.^^ Lukisan nie dihasilkan masa bertambahnya 2 orang ahli kumpulan didalam group rasmi Kentzo (menjadi 10 orang kesemuanya), tp ianya masih sama...Sunyi dan sepi..hahak.. 


Ni sebenarnya dilukis untuk cover majalah..tapi mcm xsesuai jer..hehe..kire rejek lar nie...tapi aku upload la jugak sebab dah penat-penat aku buat..huhu.. T_T

Sebuah artwork parody...aku sendiri pun serabut bila menenguknya... huhuu


Sebuah lukisan lama yang agak popular di deviantArt. Tak tahulah kenapa...

Request art dari Hafizah  Jamil, kawan sekampung aku..huhuuu..mase nie kire tengah berjinak2 dengan Photoshop, so nampak cam telebih rajin plak.. :P


Nak kata lukisan request pun xjuga...nak kata fanart pun x jugak..huhuu..memang saje2 nak lukis sendiri...cetusan idea dari sebuah ilustrasi komik yang dilukis oleh Afza Afreeda Annuar; seorang kenalan difacebook yang minat melukis...


Sebuah lukisan fanart K-ON tapi versi lelaki..hehe...


Ninja Assassins..yang pastinya bukan Rain pelakonnya..hehe...saje2 lukis ninja...ape motif ak pun xtaw... saje2 nak test lukis efek kot.,..


Nie lukisan lama...guna Kurecolor untuk menambahkan efek kekelabuan...tapi skang pakai photoshop jer..sume ader,jimat duit drpd beli pen marker Kurecolor yang mahal... :P

Ni plak lukisan Kentzo. Skang dah 10 org, wat mcm style cover utk comic plak. Huhuu

The Adventure Of Zapan The Assassins. Komiknya ntah bila aku nak lukis n publish utk kawan-kawan..huhuu

Ni plak lawak sket. Dada ditikam dengan keris, tapi si mangsa berada didalam keadaan tidur, tak sedar dirinya ditikam..wahahahaa... Dengan kucing-kucing skalio kena tikam. Fenomena misteri.. :P

Kentzorian lama time de 8 orang ahli.. Ni stroke xbrape lama sgt la..huhuu...

Ni stroke lama. Avatar aku sering bertukar-tukar mengikut keselesaan aku semasa melukis. Ahh..ape2 sajelah..hehe

Masih lg Kentzo lama semasa 8 orang dlu (skang dah 10 orang). Menggunakan pen khat sebagai medium inking.

Ni antara illustrasi yang aku sukai. Ntah kenapa aku suka pun aku tak tahu. Tapi ia antara watak yang aku reka sendiri.

Ni lukisan aku untuk Avvy Pingky (kenalan dari Tension Academy). Takde idea sangat nak lukis apa, jadi lukis tidur di atas awan dengan nyenyaknya.hehe...~

Komik 1 - Kentzo dengan raksasa jahat.


Komik 2 - Kentzo penakut. Hehe...
Dapat banyak komen dari kawan-kawan kat Facebook.
Antara komen-komennya ialah mereka tak faham dengan jalan cerita komik 1 mukasurat nie..hehehehe... :P

Painting artwork, guna poster color jenama Buncho. Jarang aku color guna manual mcm nie. N ia nampak buruk, tp ak tetap ingat, inilah hasil dari usaha aku. Hargai lukisan anda~ ^^


Ni pun antara koleksi lukisan yang disukai aku. Aku lukis mende nie sambil lewa je sbenanya. Tapi aku tetap suka...^^

Tema lukisan ni ialah sehidup semati dengan cara bodoh. Hahaha jangan tiru aksi mereka di dalam gambar ini ye..^^

Kentzo lagi..wahaha..Tapi kali ni hanya watak Saurukent dan Enzo jer yang kuar.. Baru lepas eksiden,tp dua2 still cool lg walaupun kepala Saurukent dah berdarah...XDD

Cloud Strife... Dilukis lepas feeling dengar lagu yg bertajuk 'Cloud Smiles' lagu instrumental dari OST Final Fantasy Advent Children.. ^^

Kentzo World.. Sebuah gua dengan 4 buah pintu masuk. Sorang satu k. Jangan rebut2 masuk pintu tu..hehe.... Ni antara kentzo art terawal (masa geng nie ade 4 orang je di awal pertubuhan)

Cannibal chef..wahahaa...
Hanya sebuah lukisan suka-suka jer...
Hehe..

Part sebuah komik. Pernah dihantar untuk Pertandingan bakat Baru Malaysia tapi tak sampai. Takpelah, takde rezeki nak menang. Hehe...



Hohohoh... Ni sebuah lukisan yang menunjukkan aku mahu pergi bermain salji.
Dilukis pada 21hb Januari 2011


Kentzo Kids.
Ni semua adalah avatar geng-geng aku di dalam Kentzo.
Melukis mereka dalam bentuk kanak-kanak.
Hahahaha..
Dilukis pada 22hb Januari 2011


Ni pulak adalah sebuah lukisan/poster untuk komik doujinshi aku akan datang.
Aku memang suka reka dulu watak-wataknya sambil mencari karaktersitik
bagi setiap watak sebelum menghasilkan komik.
Aku akan lukis banyak-banyak.. Mana yang boleh dipakai,
aku pakai jer.. Kalau tak boleh pakai, 
ia xakan dibuang, mungkin ia akan digunakan untuk 
komik yang lain. Harap aku berjaya menghasilkan komik sendiri...
^^

Dilukis pada 19 Januari 2011


Sebuah lagi ilustrasi pasca komik Zapan The Assassins.
Hmmm masih banyak lagi kelemahan.
Saya cuba menghasilkan suatu scene yang romantik tapi menjadi menakutkan la pulak..
takpelah.. dah lama gak tak melukis style begini.
sekurang-kurangnya saya mempelajari sesuatu disini..^^

Dilukis pada 07 March 2011








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...