Wednesday, December 9, 2015

Ilmu Jarh Wa Ta'dil Bersifat Zhanniyyat, bukan Qath'ie!

Assalamualaikum..

Okay kali ni post yang serius sikit.

Post ni aku publish kat Facebook, saje nak share kat sini.
Sebab benda ni berleluasa, orang ramai mudah terpengaruh dengan golongan2 yg bercakap pasal al-Quran dan hadis tapi tidak mengikut panduan yang telah ulamak gariskan..

"Betul cakap ustaz Raja Ahmad Mukhlis, bahawa kita patut kesian kepada golongan yang menganggap ilmu jarh wa ta'dil ni sebagai qath'ie padahal ilmu ini hanyalah bersifat zhanniyyat dan ia hanyalah ciptaan para ulama untuk menjaga hadith.

Golongan ini hanya fikir mereka sajalah yang betul, pendapat orang lain salah, seolah2 dalam bidang ilmu jarh wa ta'dil ni, keputusan terhadap hadith2 terutama sekali berkaitan dengan masalah dalam dhobit itu seolah2 tidak ada pendapat lain. Padahal khilaf..

Ulamak zaman dulu cipta ilmu hadis ini untuk memastikan sesuatu hadith itu sahih, bukannya untuk memastikan hadis itu dha'if atau maudhu'. Mereka akan menggunakan ilmu hadis untuk menjaga hadis-hadis sahih, bila tak cukup syarat sahih, maka ia dha'if kerana tak cukup syarat sahih. Tapi tak bermakna hadis dha'if tak boleh pakai. Boleh jadi, ia boleh naik menjadi hasan.

Agak kasihan kepada yang menghukum "Hadis ini tidak sahih", maka seolah2 hadis tersebut dibuang terus ke dalam tong sampah, dan menggunakan dalil "hadis ini tidak sahih" untuk radd orang lain, bid'ahkan amalan-amalan orang lain dan seterusnya..

Padahal ulamak tak pernah menggunakan ilmu ini untuk bergaduh atau saling berbantah-bantah, melainkan mereka mengkritik dengan ilmiah saja. Malah, kefahaman mereka dalam ilmu jarh wa ta'dil ini tidak sama seperti mana kefahaman kita terhadap ilmu jarh wa ta'dil yang kita faham zaman sekarang. Kita sendiri pun tak tahu apa definisi yang sebenar tentang hadis hasan di sisi imam Tirmidzi... Dha'ifnya orang zaman dulu, kalau kita nak bandingkan mereka dengan kita sekarang, samalah seperti mereka ini sahih dan kita adalah berkali-kali dha'if malah maudhu' terus!

Ulamak dah elok-elok menjaga hadis tapi ada golongan yg tidak mahu menjaga silaturrahim pulak..

Wallahualam..."

Berhati-hatilah.
Akhir zaman ni Yop!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...