Wednesday, December 9, 2015

Broga Hiking 2015 with staff Ana Muslim

Assalamualaikum..

Dah lama tak buat aktiviti-aktiviti yang 'berat-berat' ni. Haha.

Alhamdulillah, syukur, tahun ni aku telah sampai ke Broga buat kali kedua. Kali terakhir pergi ialah pada tahun 2012. Masa tu ramai staff Ana Muslim yang ikut. Tapi kali ni tak ramai. Hanya yang minat saja yang pergi. Agaknya sebahagian staff yang pergi dulu agak 'kecewa' la sebab ia bukan satu ekspidisi percutian yang melapangkan hati, padahal rupa-rupanya memenatkan! Kakakakaa...

Kalau dulu aku cuma boleh naik sampai tingkat 1, tapi kali ni dah sampai ke kemuncak/tingkat 3! Alhamdulillah.. ^^



Gambar : Antara staff yang hadir sama-sama bergambar kenangan di tingkat 1.



Gambar : Sebenarnya plan kitorang bukan pergi panjat Broga je. Tapi kitorang ada picnic! Haha.. Kita BBQ di Hutan Lipur Sungai Tekala. Malam tu beli bahan, perap daging dan ikan untuk esoknya.



Gambar : Kami bertolak lebih kurang hampir pukul 5. Sebenarnya dah cukup lewat dah. Memang dah bajet memang takkan sempat tengok matahari terbit daripada bukit Broga.

Agenda pertama kitorang ialah memberikan sumbangan berbentuk majalah dan bahan bacaan Ana Muslim di masjid yang berdekatan dengan Bukit Broga. Sempat solat subuh kat sini. Tahun2 lepas kami sempat solat subuh kat bukit Broga. Puas hati dapat tengok matahari naik. Macam Kame Hame Ha dalam cerita Dragonball!




Gambar : Ini punnn masalah ni. Kami buat stretching tak kelaur peluh pun! Dengan aku-aku sekali 'injured' kat atas tu. Jap lagi la aklu cerita.. Haha.. Lain kali, pastikan kita buat regangan badan dengan secukupnya, kemudian baru boleh mula buat keje2 mendaki bukit sume tu... Paham?





Gambar : Mula-mula memang la semangat beb! Tengoklah, matahari dah naik baru nak naikkk...



Gambar : Okey, inilah rupa aku yang sedang cover-cover.
Gile wei, masa ni hanya beberapa langkah saja nak sampai ke tingkat 1. Sikitttt lagi. Tapi masa ni aku dah tak rasa lutut aku. Rasa cam lemah sangat, keting rasa kebas. Silap langkah, aku boleh tergolek jatuh daripada atas. Tau je lah Broga camne, curam dia boleh tahan gak...

Then aku pun menyorok kat celah-celah batu, duduk bawah pokok. Kat sini la aku baring. Huhuu aku tau bahay kalau buat dakian lepas tu terus baring. Tapi aku takde pilihan. Aku nak rehat. Masa ni rasa aku dah penat gile, risau kalau penat berterusan, lepas tu aku tak boleh nak turun dah. Rasa cam dah nak mati dah kat atas tu. Rasa lemah seluruh badan.

Akhirnya aku tertidur. Maybe dalam beberapa saat je aku sempat terlelap, rasa macam separuh sedar. Then entah kenapa dapat tenaga semula. Lepas tu barulah aku bangkit dan teruskan dakian sambil melompat-lompat. Aku tak tipu. Semangat kot lepas dapat tenaga semula! ^^

















Gambar : Yang ni paling mencabar. Masa ni nak naik ke tingkat ke 3.



Gambar : Antara muke-muke yang sampai ke tingkat 3 masa tu. Yang lain tak larat dah.. Pancitttt.. Hehe



Gambar : Akhirnya!!! Fuhh...



Gambar : Ni salah sorang kawan kitorang yang paling gigih berusaha. Nampaklah kegigihannya, dan kuat betul semangat beliau sedangkan beliau tak larat dah nak mendaki.. Tapi beliau tetap meneruskan.




Gambar : Kesian Zack...

Oh yeahhhh.. Banyak lagi gambar.. Kang tak cukup ruang plak kang, gambar sesaje je blog aku ni.. Kekeke... Next post aku share pasal Hutan Lipur Sungai Tekala.

Thanks kerana sudi membaca dan melihat.. ^^

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...